SMI DARUL IZZAH x SK HAJI NYAK GAM.
Sek. Men. Islam Darul Izzah - SMIDI meneruskan Jelajah Penerangan Kemasukan 2026, dan hari ini kami berkesempatan bertemu adik-adik di SK Nyak Gam.
Alhamdulillah, sesi berlangsung dengan penuh semangat adik-adik begitu aktif bertanya, para guru sangat menyokong, dan suasana ceria memenuhi dewan.

Program ini bertujuan memperkenalkan SMI Darul Izzah (SMIDI) sebagai sebuah institusi pendidikan yang membina sahsiah, disiplin, akademik dan tarbiah secara seimbang. Semoga perkongsian hari ini membuka jalan untuk lebih ramai pelajar memilih SMIDI sebagai destinasi menimba ilmu bagi sesi kemasukan 2026.
Terima kasih SK Nyak Gam atas sambutan yang hangat. Moga kerjasama ini terus subur demi masa depan anak-anak! 










