Rabu - 8 Oktober 2025.
Sek. Men. Islam Darul Izzah - SMIDI merupakan sekolah yang berdaftar dengan Angkatan Pertahan Awam Malaysia (APM) melalui Kadet Asas Pertahanan Awam Malaysia (KASPA) Sekolah Agama Rakyat. Penyertaan pelajar melalui KASPA ini juga akan menjadi nilai tambah dimana para pelajar akan beroleh markah didalam PAJSK.
Dalam sistem sekolah menengah di Malaysia, kredit kokurikulum biasanya dirujuk sebagai "Markah Kokurikulum".
Markah PAJSK ini merangkumi:
Kokurikulum – Persatuan/kelab, unit beruniform, sukan & permainan.
Ekstra kurikulum & sumbangan khas – penyertaan luar, pencapaian pertandingan, kepimpinan.
Aktiviti jasmani & tahap kecergasan – ujian SEGAK, BMI, dan lain-lain.
Markah ini akan dicampur untuk membentuk Kredit Kokurikulum yang biasanya digunakan untuk:
Permohonan ke universiti/tingkatan 6/matrikulasi/IPTA.
Nilai tambah dalam temuduga atau biasiswa.









